Sunday, 26 June 2011




Ilmu Kewangan Peribadi, Senjata Utama Para Jutawan!

Salam hormat semua,

Apa khabar anda?

Saya kira masih ada yang tertanya-tanya apa itu Perancangan & Pengurusan Kewangan Peribadi?

Kewangan peribadi juga dikenali sebagai personal finance.

Mungkin bila disebut personal finance tentu ramai yang masih janggal dan tidak pernah mendengarnya bukan?

Tapi kalau Personal Loan, saya sedia maklum ramai yang biasa mendengarnya.

Hmm...yang terpaksa hidup merana dan terseksa kerananya pun ramai bukan!

Betul tak?

Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kewangan peribadi?

Pada asasnya ianya merupakan suatu ilmu yang amat bernilai dan terpenting dalam kehidupan seharian.

Ianya bukan setakat ilmu untuk membuat simpanan dan belanjawan (bajet) bulanan,
bahkan ianya lebih daripada itu!

Ini kerana ianya melibatkan pelaksanaan ke atas prinsip-prinsip kewangan berdasarkan
sumber-sumber kewangan individu dalam mencapai matlamat kewangan sama ada untuk diri
sendiri mahu pun keluarga.

Ianya melibatkan perkara seperti memperoleh pendapatan, membuat simpanan, perbelanjaan,
perlindungan risiko, pelaburan, perancangan cukai/zakat bagi memenuhi keperluan semasa
dan masa depan.

Komponen kewangan peribadi termasuk komponen seperti pengurusan aliran tunai, penyediaan pelan perlindungan, pengumpulan harta seperti simpanan dan pelaburan, persaraan sehinggalah pada peringkat pengurusan harta dan wasiat.

Subjek kewangan peribadi merupakan perkara yang selalu diberi perhatian dan diperbincangkan oleh para Perancang Kewangan professional dan sering menjadi tanda tanya kepada orang ramai yang tidak jelas, tidak faham dan kurang arif soal kewangan mereka.

Berita baiknya, hari ini anda juga boleh menguasai asas-asas dan rahsia-rahsia disebalik perancangan dan pengurusan kewangan peribadi anda tanpa perlu mengeluarkan wang ratusan ringgit untuk setiap sesi rundingan kewangan peribadi anda.

Ya, dengan hanya membayar sekali seumur hidup pada harga yang tak masuk akal (cuma 2 angka, berbanding 4 angka untuk sekali sesi rundingan dengan caj profesional)...

anda bakal menguasai ilmu perancangan dan pengurusan kewangan peribadi yang selama ini
telah menjadi senjata utama kekayaan hartawan dan para jutawan yang dirahsiakan selama ini.

Jadi untuk tempoh masa terhad, baca dan dapatkannya melalui link berikut :

http://www.kewanganperibadi.com/index.php?ref=fendibiz

ikhlas,
fandy kaya

p/s. Saya dimaklumkan tawaran harga promosi pelancaran sedang berjalan...jadi saya amat syorkan anda rebut segera tawaran ini ..sebelum ianya berakhir...

Labels:

Monday, 20 June 2011

Penasihat Kewangan Atau Penasihat Pinjaman?

Mungkin masih ramai yang terkeliru dengan penggunaan meluas istilah atau gelaran ‘Penasihat Kewangan’ yang digunapakai oleh sesetengah pihak.

Berikut adalah antara tawaran daripada mereka yang mendakwa memberikan khidmat nasihat kewangan :-

“Kami penasihat kewangan untuk kakitangan kerajaan, swasta & peniaga. Kami membantu pelanggan mendapat pinjaman peribadi ataupun perniagaan dari koperasi dan bank.”


Jika diamati dan diperhatikan jelas sekali kenyataan di atas merujuk kepada kemudahan pinjaman dan bukannya nasihat kewangan.

Tak salah membuat pinjaman jika kita tahu menggunakannya dengan betul, tetapi malangnya ramai yang tidak diberikan ilmu pinjaman dan pengurusan hutang yang betul sebaliknya hanya disogok dengan pinjaman kewangan semata-mata.

Akibatnya lebih ramai yang menggunakan hutang untuk tujuan yang tidak menguntungkan mereka sehinggakan lebih ramai yang jatuh miskin.

Ssedangkan jika kita ada ilmu pengetahuan pengurusan pinjaman dan hutang, ianya boleh membantu kita menjadi sebaliknya bahkan boleh meningkatkan kekayaan kita!

Sebab itulah dalam ebook Kewangan Peribadi hasil tulisan Khairulnahar a.k.a Thinkerich, penulis ada berkongsi satu bab yang cukup istimewa iaitu ‘Hutang Sebagai Alat Kekayaan’

Boleh baca melalui link berikut:-



Berbalik kepada istilah ‘Penasihat Kewangan’ tadi, lebih ramai orang yang akan keliru dengan kewangan mereka jika perkara sebegini tidak dibendung…

Ramai yang masih berjumpa dengan pegawai bank untuk mendapatkan nasihat kewangan yang akhirnya memberikan mereka produk pinjaman dan bukannya nasihat kewangan.

Bukan menyelesaikan masalah sebenarnya, sebaliknya menambahkan beban pula akhirnya.

Namun sejak kebelakangan ini, berlaku perkembangan yang agak baik, di mana sudah wujud kesedaran dikalangan institusi perbankan yang mula menyediakan perkhidmatan Perunding Kewangan Peribadi di bank masing-masing.

Walaupun mereka masih menjual produk kewangan mereka, namun sekurang-kurangnya mereka masih memberikan khidmat nasihat kewangan peribadi yang menyeluruh…

Jadi jika anda ke bank atau syarikat kewangan anda perlu tahu membezakan antara pegawai kredit (pinjaman) dengan pegawai perunding kewangan peribadi.

Ini kerana masing-masing mempunyai kepakaran yang berbeza, satu yang pakar dalam memberikan khidmat nasihat tentang hutang pinjaman dan yang satu lagi pakar dalam memberikan khidmat nasihat kewangan (sudah tentu sambil menjual produk mereka)

Untuk mendapatkan Ilmu Kewangan Peribadi yang Menyeluruh boleh baca melalui link berikut :